Cari Blog Ini

Rabu, 26 Ogos 2015

Pelancaran Bulan Merdeka

26 Ogos 2015 - SKUG bersama PSS membuat Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SKUG. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kedatangan van MILO yang memberi minuman percuma kepada murid.

LADAP KCJ

21 Ogos 2015 - Panatia Agama Islam dengan kerjasama PSS turut menjayakan Bengkel Kecemerlangan Jawi peringkat SKUG. Bengkel dijalankan di Makmal Komputer SKUG juga melibatkan guru KAFA.

Solat Hajat UPSR

20 Ogos 2015 - SKUG meneruskan tradisi mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk calon UPSR di Surau SKUG. Penglibatan PIBG dan ibu bapa amatlah menggalakkan.

Kompang Selawat Peringkat Negeri dan Perkhemahan PPIM Daerah Raub

15 Ogos 2015 - SKUG telah terpilih untuk mewakili daerah Raub sebagai peserta Kompang Selawat yang bertanding di SMK Rompin. Di samping itu juga PPIM SKUG juga telah menghantar wakil untuk menyertai Perkhemahan PPIM Peringkat Daerah Raub bertempat di SK Raub Indah. Penglibatan guru dan murid SKUG amatlah membanggakan.

Solat hajat UPSR di Masjid Pintu Padang 2015

13 Ogos 2015 - SKUG dengan kerjasama PIBG dan PSS sekali lagi meneruskan tradisi setiap tahun dengan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk Calun UPSR SKUG 2015. Terima kasih kepada pihak masjid dan jawatankuasa Kg Pintu Padang yang membantu menjayakan program ini.

Karnival Prasekolah Zon Gali 2015

11 Ogos 2015 - SKUG turut menghantar peserta untuk Karnivan Prasekolah Zon Gali bertempat di SK Raub Jaya. Pada kali ini Prasekolah SKUG menghantar pasukan futsal yang berkesudahan dengan keputusan sebagai Naib Johan.