Cari Blog Ini

Jumaat, 25 Mac 2011

Taklimat Penataraan PAFA


Alhamdulillah SPI dari JPN Pahang telah round satu Pahang untuk memberi taklimat kepada Pentaksir PAFA untuk tujuan pemurniaan dan mengemaskan lagi pengurusan PAFA. Dengan kerjasama PPD Raub dan PEKDIS taklimat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Para hadirin terdiri dari golongan ustaz dan ustazah begitu bersemangan untukmembincang perkara ini yang telah lama agak dipinggirkan. Kini Pafa bersaing sama hebat seperti Peka dan Plbs yang sedang dilaksanakan di sekolah bagi tahun 6 khususnya. Kini Pafa juga menjadi satu perkara yang patut dititikberatkan setanding UPSR kerana tercatat di slip keputusanya. Begitu juga perlaksanaan pbs dan kssr yang baru ini akan lebih menambah baik lagi sistem pendidikan di negara ini. walaupun agak sukar namun.... hendak seribu daya tak nak seribu dalih....

Selamat Pengantin Baru

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada salah seorang warga SKUG iaitu ahli PAI Ustazah Fazlina yang telah berjaya melansungkan Majlis Penikahan mereka di Felda Sg Retang Jerantut baru-baru ini. Setelah sekian lama berkeseorangan akhirnya sahabat kita ini sudah berteman. Alhamdulillah bertambah lagi warga SKUG dan semoga terus berkekalan hingga akhir hayat hendaknya... tentang anak?... insyallah ada rezeki Allah akan kurniakan. Ahli lain yang keseorangan tu bila lagi ?.... insyallah ada jodoh tak ke mana, usaha dan tawakal pada Allah.

Selasa, 8 Mac 2011

Peperiksaan P1

Alhamdulillah murid-murid dah selesai menjalani peperiksaan p1 pada 22hb - 25hb Feb yang lalu. Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti di skug namun soalan berjaya disiapkan dan exam telah dijalankan. Sekarang sibuk menanda dan memberi markah plak. Diharapkan ramailah yang lulus dengan cemerlang. Terima Kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama yang amat baik.Good Luck semua.....