Cari Blog Ini

Isnin, 23 Julai 2012

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang


20 Julai - Majlis pelancaran kempen kibarkan jalur gemilang dan bulan kemerdekaan dijalankan di SKUG. Selain menyanyikan lagu patriotik murid turut diberi peringatan tentang semangat cintakan tanahair. Penyerahan bendera kepada guru kelas turut dijalankan.

Ihya' Ramadhan 1433h




19 Julai - PAI dan kerjasama dari warga SKUG telah membuat pelancaran Program Ihya' Ramadhan 1433h. Selain melancarkan tabung infaq ramadhan murid turut diajar lafaz niat puasa ramadhan dan doa berbuka puasa. Pelbagai program diatur sepanjang ramadhan ini.

Lawatan KPM

16 Julai - Lawatan KPM dan rombongan ke PSS dan sekitar SKUG. Di samping itu, turut dijamu dengan durian.





Perkampungan Kecemerlangan UPSR Raub

13 - 15 Julai - Beberapa orang murid dari SKUG turut terlibat sebagai peserta di Perkampungan Kecemerlangan UPSR Daerah Raub 2012 yang diadakan di Sekolah Menengah Seri Raub. Guru SKUG juga terlibat sebagai fasilitator dan AJK dalam menjayakan program tersebut.

Hari Guru Peringkat Raub

12 Julai - Hari Guru peringkat daerah Raub telah diadakan di Sekolah Menengah Sains. Seperti biasa SKUG turut terlibat dalam menjayakan program ini. Selain itu juga SKUG turut diberi penghormatan menerima Anugerah Kokurikulum Unit Beruniform terbaik. Syabas dan Tahniah..

1Murid 1Sukan 1Malaysia, Jalinan Mesra, Solat Hajat

10 Julai - Program Senamrobik 1 murid 1 sukan 1 malaysia dijalankan serentak diseluruh sekolah di Malaysia. SKUG tidak melepaskan peluang turut menjayakan program ini. Selain bersenam program diteruskan dengan ceramah kesihatan. Para guru dan kakitangan juga berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dijalankan oleh pegawai kesihatan daerah Raub.






Di waktu yang sama juga program jalinan mesra turut diadakan bertujuan untuk membantu anak-anak yatim. Pelbagai barangan dan pakaian dikumpul untuk disedekahkan.

Pada malam harinya SKUG meneruskan program solat hajat bagi calon UPSR. Kehadiran ibu bapa dan penjaga turut memeriahkan lagi majlis. Alhamdulillah juga rezeki makanan yang melimpah ruah disumbangkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa.

Motivasi


9 Julai - Sesi Motivasi untuk murid Tahun 4 dan 5 telah dijalankan dengan jayanya oleh AJK bersama unit bimbingan kauseling SKUG. CR En Zulhilmi kaunselor organisasi dari PPD Raub diundang khas untuk menaikkan semangat dan menimbulkan kesedaran murid-murid untuk persediaan mereka di masa depan.

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6

5 Julai - Sebagai pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga terhadap keputusan prestasi calon UPSR, perjumpaan telah diadakan.Sesi dialog dan penerangan dijalankan oleh Guru Besar bersama dengan penjaga. Maklumat dan penerangan juga disampaikan oleh guru tahun 6.

Temasya Sukan Tahunan SKUG






24 Jun adalah merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan bagi olahragawan dan olahragawati SKUG kerana diberi pengiktirafan dalam Temasya Sukan Tahun 2012 ini. Semua rumah sukan mempamerkan aksi yang membanggakan sehingga seringkali berlaku perebutan tempat dan juga pingat. Para peserta berjuang berhabis-habisan untuk menyumbangkan tenaga bagi memperolehi mata tertinggi. tidak kira samada acara larian mahupun acara padang. Tidak kurang hebatnya persaingan sengit dalam acara tarik tali sehinggakan rumah HIJAU mengungguli kategori lelaki dan perempuan. Tidak kurang hebatnya acara perbarisan turut menyukarkan juri untuk menilai kerana setiap rumah ada kehebatan tersendiri.

Sukantara Bermula

18- 21 Jun, Pada ketika ini setiap rumah sukan menghantar peserta untuk acara sukantara. Bagi tahap satu pelbagai acara dipertandingkan antaranya golek bola hoki, lari dalam guni, sudu ping pong dan lain-lain lagi. Manakala tahap dua setiap ahli perlu melompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru bagi menyumbang mata untuk rumah masing-masing.

Latihan Rumah Sukan

11 - 14 Jun, SKUG sedang sibuk dengan latihan rumah sukan. Setiap rumah sukan iaitu Perdana, Waja, Satria dan Wira membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi Temasya Sukanan Tahunan. Pelbagai acara padang dan trek dipertandingkan termasuklah juga sukantara dan acara tarik tali.