Cari Blog Ini

Rabu, 7 September 2011

Nuzul Quran


Alhamdulillah pada 19 Ogos yang lalu PAI sekali berjaya melaksanakan satu lagi program sempena Ihya' Ramadhan iaitu Sambutan Nuzul Quran peringkat SKUG. Bermula sejak awal pagi murid dihimpunkan sambil mendengar alunan ayat al-quran dan nasyid ramadhan. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar dan Ceramah oleh Penceramah Jemputan dari PUSPEN Sg Ruan. Beliau juga adalah mantan pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Raub iaitu alfadhil Ustaz Hadith.
Sambutan yang amat menggalakkan ditunjukkan oleh murid-murid apabila memberi respon yang baik ketika mendengar ceramah. Berselitkan sedikit humor dan jenaka membuatkan murid bertambah seronok dan terhibur. Begitu juga murid diingatkan tentang pembalasan akhirat dan siksaan kubur membuatkan murid berasa insaf dan sedar. Terima kasih diucapkan kepada penceramah.
Setelah selesai sesi ceramah, majlis berhenti rehat seketika, murid bergerak masuk semula ke dewan kira-kira 20 minit selepasnya. Bagi murid tahap 1 dipindahkan ke dewan tertutup untuk pertandingan mewarna manakala tahap 2 ke dewan terbuka untuk pertandingan kuiz ramadhan. Alhamdulillah murid memberi sambutan yang menggalakkan sehingga membuatkan juri agak sukar untuk memilih pemenang.

Selesai sahaja kuiz dan mewarna, sambil menunggu keputusan. Murid-murid disaksikan dengan tayang video dan diselitkan sedikit penerangan motivasi dan keinsafan diri. Ini membuatkan segolongan murid tak dapat menahan air matanya apabila mengenangkan dosa yang telah dilakukan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.


ihya' ramadan

Kem Bestari Solat