Cari Blog Ini

Rabu, 26 Ogos 2015

Pelancaran Bulan Merdeka

26 Ogos 2015 - SKUG bersama PSS membuat Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SKUG. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kedatangan van MILO yang memberi minuman percuma kepada murid.

LADAP KCJ

21 Ogos 2015 - Panatia Agama Islam dengan kerjasama PSS turut menjayakan Bengkel Kecemerlangan Jawi peringkat SKUG. Bengkel dijalankan di Makmal Komputer SKUG juga melibatkan guru KAFA.

Solat Hajat UPSR

20 Ogos 2015 - SKUG meneruskan tradisi mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk calon UPSR di Surau SKUG. Penglibatan PIBG dan ibu bapa amatlah menggalakkan.

Kompang Selawat Peringkat Negeri dan Perkhemahan PPIM Daerah Raub

15 Ogos 2015 - SKUG telah terpilih untuk mewakili daerah Raub sebagai peserta Kompang Selawat yang bertanding di SMK Rompin. Di samping itu juga PPIM SKUG juga telah menghantar wakil untuk menyertai Perkhemahan PPIM Peringkat Daerah Raub bertempat di SK Raub Indah. Penglibatan guru dan murid SKUG amatlah membanggakan.

Solat hajat UPSR di Masjid Pintu Padang 2015

13 Ogos 2015 - SKUG dengan kerjasama PIBG dan PSS sekali lagi meneruskan tradisi setiap tahun dengan mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk Calun UPSR SKUG 2015. Terima kasih kepada pihak masjid dan jawatankuasa Kg Pintu Padang yang membantu menjayakan program ini.

Karnival Prasekolah Zon Gali 2015

11 Ogos 2015 - SKUG turut menghantar peserta untuk Karnivan Prasekolah Zon Gali bertempat di SK Raub Jaya. Pada kali ini Prasekolah SKUG menghantar pasukan futsal yang berkesudahan dengan keputusan sebagai Naib Johan.

Motivasi Mantan GB dan pegawai PPD

6 Ogos 2015 - Program Pemantapan calon UPSR anjuran Unit Kaunseling dan PSS telah menjemput mantan GB untuk memotivasikan calon UPSR

Gotong-Royong PSS dan Kawasan SKUG

4 Ogos 2015 - PSS bersama Unit 3K bersama menjayakan Gotong-royong PSS dan Taman Kokurikulum.

Lawatan PPD Raub

4 Ogos 2015 - PPD telah membuat lawatan dan bantuan bimbingan untuk Program Peningkatan UPSR. Tuan Pegawai PPD Raub En Abdullah Hashim Basirun telah bersama melawat dan memotivasikan SKUG tentang peningkatan UPSR

Ceramah Kesedaran dari PDRM

3 Ogos 2015 - Unit Kaunseling sekali lagi bekerjasama dengan Unit Disiplin dan PSS meneruskan program Sifar Ponteng dengan menjempur Pihak Polis dari IPD Raub dab Polis Sg Ruan. Ceramah serta pameran telah dijalankan oleh pihak PDRM.

Sambutan Aidilfitri 2015

24 Julai 2015 - SKUG bersama PSS dan PIBG sekali lagi berganding bahu menjayakan  Hari Sambutan Aidilfitri. Ini ada kesinambungan dengan sambutan jamuan hari raya untuk warga SKUG.

Sifar Ponteng 2015

22 Julai 2015 - Unit Bimbingan Kaunseling dengan Kerjasama Unit Disiplin dan PSS melancarkan program Sifar Ponteng Peringkat SK Ulu Gali 2015

Selasa, 4 Ogos 2015

Selamat Bersara Tuan Guru Besar SKUG













2 Julai 2015 - Tarikh terakhir Guru Besar Berkhidmat sebagai Penjawat Awam.

Khatam Tadarrus Al-Quran dan Iftar Ramadhan 2015

1 Julai 2015 pada kali ini telah dipilih bagi menjayakan Program Khatam Tadarrus Al-Quran dan Iftar Ramadhan. Bersamaan dengan tarikh ini juga adalah tarikh akhir GB bersama dengan warga SKUG berbuka puasa sebelum bersara.

Ambang Ramadhan 2015

17 Ramadhan 2015 - Panatia Agama Islam bersama dengan Unit Bina Insan, PSS dan PIBG SKUG tidak melepaskan peluang pada tahun ini meneruskan aktiviti setiap tahun iaitu Ambang Ramadhan. Pada kali ini para hadirin diingatkan semula tentang fadhilat dan kaifiat Ramadhan. Juga diselitkan acara membaca niat puasa ramadhan. PSS juga turut menganjurkan kuiz spontan.

Bermula pada tarikh ini juga diteruskan dijalankan program Ihya' Ramadhan yang meliputi Infaq Ramadhan, Kuiz, Tadarrus Al-Quran, Ceramah dan tazkirah, Sambutan Nuzul Quran dan Khatam Tadarrus AlQuran.

Kejohanan Sukan SKUG 2015

16 Jun juga dijalankan Kejohanan Sukan Tahunan SKUG.

Kenduri Kampung SKUG 2015

16 Jun 2015 Kenduri Kampung telah dijalankan di SK Ulu Gali. Program kali ini dianjurkan oleh PIBG dan kerjasama PSS SKUG. Sambutan yang menggalakkan diterima oleh para jemputan terutamanya pegawai-pegawai setempat dan masyarakat setempat. Pada program kali ini juga amat bermakna buat Guru Besar kerana hari ini juga diraikan guru besar sempena persaraanya pada 2 Julai nanti