Cari Blog Ini

Khamis, 9 Ogos 2012

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadhan 1433h/2012





9 Ogos 2012 Program Ihya' Ramadhan SKUG meneruskan agenda kemuncaknya apabila berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadhan. Seramai 103 orang peserta tadarus dan 21 orang guru pembimbing terus diberi penghargaan apabila berjaya menamatkan bacaan al-quran yang ditetapkan. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Alfadhil Ustaz Sahadan Hassan sebagai Naqib untuk memimpin majlis khatam al-quran. Selesai khatam al-quran para jemputan, guru-guru dan para peserta bersama-sam menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa. Selesai solat maghrib para tetamu dan peserta pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada warga SKUG termasuklah PIBG dan Alumni yang turut menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan kepada dermawan semoga sumbangan mereka mendapat keberkatan Ilahi. Insyaallah......