Cari Blog Ini

Khamis, 1 Ogos 2013

Khatam Al-Quran

1 Ogos - SKUG meneruskan Program Ihya' Ramadhan dengan majlis Khatam Al-Quran. Majlis ini merupakan penutup bagi program tadarrus yang telah dijalankan. Alhamdulillah seramai 102 orang murid yang dipilih telah berjaya menamatkan bacaan masing-masing di bawah bimbingan guru setiap kumpulan. Majlim Khatam pada kali ini dipimpin oleh Ustaz Shahadan Hassan dan diteruskan dengan majlis berbuka puasa. Tahniah dan terima kasih sekali lagi buat semua yang menjayakan program ini.








Sambutan Nuzul Quran

30 hb Julai PAI dan semua guru SKUG meneruskan aktiviti tahunannya iaitu Sambutan Nuzul Quran. Majlis ini dijalankan sempena peristiwa Nuzul Quran. Pelbagai pengisian dijalankan termasuklah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Basit dari SK LKTP Krau 1. Tidak ketinggalan diikuti dengan kuiz, mewarna dan tulisan jawi. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini.






Kunjungan Ketua Sektor

Pada 25hb Julai SKUG telah dikejutkan dengan kunjungan ketua sektor dari JPN Pahang iaitu En Wan Abdul Hamid. Di sini Ketua Sektor melawat sekolah dan melihat perkembangan dan prestasi SKUG. En Wan Abdul Hamid juga tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan calon UPSR dan memberi kata semangat dan motivasi. Begitu juga kepada guru-guru juga diberikan pujian dan kata semangat untuk terus menunjukkan prestasi cemerlang secara berterusan di SKUG. Terima kasih untuk ketua sektor.





Percubaan UPSR

22 - 25 hb Julai semua calon UPSR menghadapi ujian percubaan UPSR. Alhamdulillah boleh dikatakan semua calon berjaya menamatkan ujian ini. Guru-guru tahun enam juga amat berpuas hati dengan komitmen yang dirunjukkan oleh calon UPSR pada kali ini. Setelah disemak keputusan yang diperolehi oleh murid tahun enam, terdapat peningkatan dan kesungguhan yang ditunjukkan. Malah terdapat juga calon yang mendapat 100 markah. Tahniah... teruskan usaha.