Cari Blog Ini

Rabu, 12 Januari 2011

Tahun baru wajah baru (2011)

Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan kepada semua. Alhamdulillah pada tahun ini PAI masih terus merancang dan menjalankan program / aktiviti untuk semua warga SKUG. sekarang KP sedang merangka takwim untuk dijadikan panduan ahli untuk dijalankan.

Berbeza dengan tahun 2010 pada tahun 2011 ini ada pertukaran seorang pegawai dari PAI . Biasanya SKUG mempunyai 3 GPI dan 4 JQaf. Namun pada pertengahan Disember PAI telah mendapat perkhabaran seorang dari JQaF telah menerima pertukaran ke Kuala Lipis iaitu Ustazah Aini Zuraihan. Sungguh pun demikian tempatnya telah digantikan pula Ustazah Shibrah dari SK (LKTP) Sg Koyan.

Tahniah diucapkan kepada kedua2nya. Tak kisahlah di mana dan ke mana kita ditempatkan yang penting kita masih ikhlas dan ingin mencurahkan segala bakti. Semoga yang kita usahakan diterima oleh masyarakat dan mendapat keredhaan Allah. insyaallah...

  semoga terus ceria dan bergembira di samping keluarga tercinta - ikhlas dari PAI SKUG