Cari Blog Ini

Rabu, 30 Oktober 2013

Lensa Sukan
































Temasya Sukan Tahunan 2013

30 Oktober 2013 - SKUG telah menjalankan program tahunan iaitu Temasya Sukan. Temasya ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Raub. Sambutan yang menggalakkan dari pihak ibu bapa dan masyarakat setempat amat meberi semangat kepada guru dan murid untuk bersukan . Terima kasih semua







Khamis, 17 Oktober 2013

Mahrajan j-QAF

17 Oktober 2013 telah berlansunglah Mahrajan jQAF peringkat daerah Raub di Kompleks Rakan Muda Dong. SKUG juga terlibat dalam menjayakan termasuklah penyediaan siaraya dan hiasan Majlis Khatam Alquran. Begitu juga dengan EKPLORACE.

Peperiksaan Akhir Tahun 2013

Bermula pada 7hb Oktober SKUG meneruskan program dengan menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun dengan bermula subjek elektif dan bukan teras. Selamat Menjawab buat semua

Latihan Rumah Sukan

24 September 2013. Pada hari ini bermula latihan olahraga untuk sukan tahunan SKUG 2013.

Guru Penyayang

18 September 2013 - Program Guru Penyayang dijalankan serentak di seluruh daerah Raub. Tidak terkecuali SKUG turut menjayakan juga. Bermula seawal pagi pada jam 6.30 pagi guru datang awal berbaris di pintu pagar menyambut kedatangan murid ke sekolah. Program diteruskan dengan program ceramah dan sebagainya.

Penutupan Merdeka

17 September 2013. SKUG meneruskan aktiviti kemerdekaan dengan melansungkan Penutupan Bulan Kemerdekaan. Selain ucapan turut dijalankan pertandingan sajak, nyanyian, pakaian merdeka dan lain-lain lagi. Program mendapat sambutan yang menggalakkan dan penuh meriah tahniah diucapkan kepada semua.

Solat Hajat Lagi

5 Sepetember 2013. Program peningkatan UPSR meneruskan aktiviti bersama Panatia P Islam, PSS dan PIBG meneruskan program solat hajat UPSR kali ini dijalankan di SKUG. Pada tengaharinya pula diteruskan dengan Sambutan Hari Raya di PPD Raub. SKUG sekali lagi terlibat dalam penyediaan lemang dan sajian untuk jamuan hari raya.

Perhimpunan Merdeka Ke2

2 September 2013. SKUG telah melancarkan sambutan kemerdekaan. Sehubungan itu sekali lagi perhimpunan merdeka dijalankan untuk meneruskan aktiviti selanjutnya. Termasuklah pada kali ini acara mewarna dan melukis poster. Tidak ketinggalan keceriaan kelas dan kempen mengibarkan jalur gemilang. PPD Raub juga mencalonkan SKUG antara sekolah yang bertanding untuk peringkat daerah.