Cari Blog Ini

Khamis, 20 September 2012

MKQ - Kalam Jamaie Peringkat Daerah Raub

18 September MKQ - Kalam Jamaie Peringkat Daerah Raub telah dijalankan di SK Bandar Raub.SKUG tidak ketinggalan turut menghantar pasukan untuk bertanding. Boleh dikatakan semua pasukan membuat persembahan yang terbaik namun nasib penentu segalanya. Tahniah kepada pemenang.














Rumah Terbuka SKUG

14 September SKUG menjalankan dua kativiti secara serentak. Dimulai dengan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia kemudian diteruskan dengan Sambutan Hari Raya.




Selamat Menjawab UPSR

11 - 13 September adalah tarikh penentu bagi calon UPSR. UPSR bermula pada hari Selasa dengan subjek BM

Solat Hajat UPSR Masjid Ulu Gali

6 September Khamis malam Jumaat telah dijalankan majlis solat hajat dan bacaan yaasin untuk calon UPSR SKUG di Masjid Ulu Gali

Pemantauan JQaf

5 September Ustaz Pozi bin Kidam dari JPN SPI telah membuat pemenataun JQaf

Kursus KSSR Tahun 3 2013

4 - 7 September telah dijalankan Kursus KSSR Tahun 3 bagi matapelajaran Pend Moral dan Bahasa Arab di PPD Raub

Solat Hajat UPSR Masjid Pintu Padang

29 Ogos 2012

Penutupan Ihya' Ramadhan & Ambang Syawal

16 Ogos 2012

Khamis, 9 Ogos 2012

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadhan 1433h/2012





9 Ogos 2012 Program Ihya' Ramadhan SKUG meneruskan agenda kemuncaknya apabila berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadhan. Seramai 103 orang peserta tadarus dan 21 orang guru pembimbing terus diberi penghargaan apabila berjaya menamatkan bacaan al-quran yang ditetapkan. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Alfadhil Ustaz Sahadan Hassan sebagai Naqib untuk memimpin majlis khatam al-quran. Selesai khatam al-quran para jemputan, guru-guru dan para peserta bersama-sam menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa. Selesai solat maghrib para tetamu dan peserta pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih kepada warga SKUG termasuklah PIBG dan Alumni yang turut menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan kepada dermawan semoga sumbangan mereka mendapat keberkatan Ilahi. Insyaallah......

Isnin, 23 Julai 2012

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang


20 Julai - Majlis pelancaran kempen kibarkan jalur gemilang dan bulan kemerdekaan dijalankan di SKUG. Selain menyanyikan lagu patriotik murid turut diberi peringatan tentang semangat cintakan tanahair. Penyerahan bendera kepada guru kelas turut dijalankan.

Ihya' Ramadhan 1433h




19 Julai - PAI dan kerjasama dari warga SKUG telah membuat pelancaran Program Ihya' Ramadhan 1433h. Selain melancarkan tabung infaq ramadhan murid turut diajar lafaz niat puasa ramadhan dan doa berbuka puasa. Pelbagai program diatur sepanjang ramadhan ini.

Lawatan KPM

16 Julai - Lawatan KPM dan rombongan ke PSS dan sekitar SKUG. Di samping itu, turut dijamu dengan durian.





Perkampungan Kecemerlangan UPSR Raub

13 - 15 Julai - Beberapa orang murid dari SKUG turut terlibat sebagai peserta di Perkampungan Kecemerlangan UPSR Daerah Raub 2012 yang diadakan di Sekolah Menengah Seri Raub. Guru SKUG juga terlibat sebagai fasilitator dan AJK dalam menjayakan program tersebut.

Hari Guru Peringkat Raub

12 Julai - Hari Guru peringkat daerah Raub telah diadakan di Sekolah Menengah Sains. Seperti biasa SKUG turut terlibat dalam menjayakan program ini. Selain itu juga SKUG turut diberi penghormatan menerima Anugerah Kokurikulum Unit Beruniform terbaik. Syabas dan Tahniah..

1Murid 1Sukan 1Malaysia, Jalinan Mesra, Solat Hajat

10 Julai - Program Senamrobik 1 murid 1 sukan 1 malaysia dijalankan serentak diseluruh sekolah di Malaysia. SKUG tidak melepaskan peluang turut menjayakan program ini. Selain bersenam program diteruskan dengan ceramah kesihatan. Para guru dan kakitangan juga berkesempatan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dijalankan oleh pegawai kesihatan daerah Raub.






Di waktu yang sama juga program jalinan mesra turut diadakan bertujuan untuk membantu anak-anak yatim. Pelbagai barangan dan pakaian dikumpul untuk disedekahkan.

Pada malam harinya SKUG meneruskan program solat hajat bagi calon UPSR. Kehadiran ibu bapa dan penjaga turut memeriahkan lagi majlis. Alhamdulillah juga rezeki makanan yang melimpah ruah disumbangkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa.

Motivasi


9 Julai - Sesi Motivasi untuk murid Tahun 4 dan 5 telah dijalankan dengan jayanya oleh AJK bersama unit bimbingan kauseling SKUG. CR En Zulhilmi kaunselor organisasi dari PPD Raub diundang khas untuk menaikkan semangat dan menimbulkan kesedaran murid-murid untuk persediaan mereka di masa depan.

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6

5 Julai - Sebagai pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga terhadap keputusan prestasi calon UPSR, perjumpaan telah diadakan.Sesi dialog dan penerangan dijalankan oleh Guru Besar bersama dengan penjaga. Maklumat dan penerangan juga disampaikan oleh guru tahun 6.

Temasya Sukan Tahunan SKUG






24 Jun adalah merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan bagi olahragawan dan olahragawati SKUG kerana diberi pengiktirafan dalam Temasya Sukan Tahun 2012 ini. Semua rumah sukan mempamerkan aksi yang membanggakan sehingga seringkali berlaku perebutan tempat dan juga pingat. Para peserta berjuang berhabis-habisan untuk menyumbangkan tenaga bagi memperolehi mata tertinggi. tidak kira samada acara larian mahupun acara padang. Tidak kurang hebatnya persaingan sengit dalam acara tarik tali sehinggakan rumah HIJAU mengungguli kategori lelaki dan perempuan. Tidak kurang hebatnya acara perbarisan turut menyukarkan juri untuk menilai kerana setiap rumah ada kehebatan tersendiri.