Cari Blog Ini

Isnin, 2 September 2013

Gotong-royong PSS

30 Ogos - SKUG berasa amat bertuah kerana pada tahun ini PSS SKUG sekali lagi terpilih mewakili Raub ke peringkat negeri Pahang untuk Pertandingan PSS Bintang PERPUSPA yang sedang diadili bermula 21 Ogos yang lalu. Insha allah berkat usaha semua warga SKUG pasti membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya SKUG dah bersedia untuk mewakili Raub dan tidak mengecewakan pelbagai pihak

Solat Hajat Pra UPSR Masjid Pintu Padang

29 Ogos - Memandangkan UPSR sudah semakin hampir SKUG sekali lagi menjalankan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin. Pada kali ini Masjid Pintu Padang menjadi pilihan tempat. Pada malam tersebut sambutan ibu bapa amat menggalakkan kerana ramai juga yang turut hadir. Selain dapat beribadah dan berdoa memohon pertolongan Allah di kesempatan ini juga para ibu bapa mengambil peluang untuk bermesra dan bertanya khabar dengan guru SKUG. Jamuan bertambah meriah apabila menunya ialah Nasi Minyak, acar dan ayam masak merah. Terima kasih pihak masjid Pintu Padang dan PIBG. Terima kasih juga kepada semua.






MERDEKARAYA

22 Ogos 2013 SKUG meneruskan program dengan menjalankan dua majlis dalam satu masa. Majlis Perlancaran Bulan Kemerdekaan dilancarkan pada awal pagi oleh Tuan Guru Besar. Pada sesi ini warga SKUG bersama menyanyi lagu-lagu patriotik termasuklah Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu sekolah. Di dahului dengan bacaan doa dan laungan Merdeka. Pada jam 10 majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Raya SKUG. Pada kali ini pelbagai agensi dan pihak luar dijemput termasuklah PPD Raub, CCR Sg Ruan, Polis Sg Ruan, Klinik Ulu Gali dan lain-lain lagi. Selamat Hari Raya semua.... 

Ambang Syawal

5 Ogos 2013 SKUG telah menjalankan program Ambang Syawal. Pada kali ini murid dikumpulkan dan diberi penerangan tantang konsep Hari Raya. Di samping itu juga Guru Besar dan pentadbir juga mengambil peluang untuk memberi nasihat dan memohon kemaafan. Pada sesi ini guru-guru dan para pelajar bermaaf-maafan dan bersalaman. Tidak ketinggalan juga pada sesi ini disampaikan bantuan khas hari raya, anak yataim dan miskin telah diserahkan wang Infaq Ramadhan yang telah diagihkan. Di sini juga ada para guru mengambil kesempatan untuk menyumbangkan duit raya termasuklah Guru Besar mewakili sumbangan pihak sekolah. Terima kasih semua dan SELAMAT HARI RAYA. Mohon maaf semua.