Cari Blog Ini

Jumaat, 30 Mac 2012

Penutupan Minggu Anti Dadah

Pada 30 Mac 2012 Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah disempurnakan oleh En Sudar bin Kiman PPD Raub

Tetamu Khas PSS






29 Mac bersamaan hari Khamis SKUG sekali lagi menerima tetamu pegawai-pegawai ppd dan rombongan penghakiman PSS cemerlang peringkat kebangsaan . Di masa yang sama juga SKUG tetap juga meneruskan aktiviti Minggu Anti Dadah. 2 orang pegawai dari AADK menghadirkan diri untuk aktiviti ceramah dan pameran. Kuiz terbuka dijalankan secara spontan selepas ceramah dijalankan.
Mengenai rombongan penghakiman PSS cemerlang, SKUG tetap menyambut seperti tradisi biasa dengan persembahan nasyid selamat datang. Diikuti pula persembahan sajak dan bercerita sambil menjamu selera para tetamu turut berhibur dengan persembahan dari pentas bicara. Selamat datang diucapkan, terima kasih dan kalau sudi datanglah lagi…

MINGGU ANTI DADAH 2012

Bermula pada hari Isnin 26 Mac yang lalu Majlis Perlancaran Minggu Anti Dadah telah dijalankan. Dimulai dengan bacaan ikrar dan perutusan tentang Minggu anti dadah, majlis perlancaran diteruskan dengan amanat dan pesanan dari guru besar. Pada keesokan harinya akan dijalankan info dadah, buku skrap seterusnya sajak, poster mewarna, ceramah dan sebagainya. Majlis penutupan akan berlansung pada hari Jumaat 30 mac. Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan kerana membantu tidak dilupakan jasa PSS dan PIBG yang menyokong kuat penganjuran ini

Kursus PSS Daerah Raub

Pada 21 Mac yang lalu, beberapa orang pengawas pss telah terpilih mengikut kursus di peringkat Raub

Tahniah Skuad Bola Sepak Zon Gali

Johan peringkat Daerah Raub

Isnin, 12 Mac 2012

Pencapaian SKUG





PIBG SKUG

VISI PIBG - PIBG Cemerlang Sekolah Gemilang
MISI PIBG - Bagi merealisasikan Visi PIBG SKUG maka komited membantu sekolah bagi memastikan misi tersebut tercapat :
- Kecemerlangan Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah
- Kejituan kepimpinan
- Kecemerlangan hubungan luar
- Bertanggungjawab kepada Agama, bangsa dan negara



Khamis, 8 Mac 2012

Program Guru Penyayang





Baru-baru ini telah dilancarkan program guru penyayang daerah Raub. Pada 9 Mac pula SKUG dengan kerjasama Unit Kauseling, PSS dan PIBG turut melancarkan Program Guru Penyayang SKUG. Pada hari ini guru berbaris di awal pagi jam 6.30 menyambut kehadiran murid yang terawal datang ke sekolah. Bukan sekadar galakan dan senyuman murid yang awal juga bertuah dapat bersalaman dengan guru sambil menerima cenderahati. Majlis perlancaran diteruskan pula pada jam 8.00 pagi apabila semua murid guru dan kakitangan berkumpul di dewan. Suasana meriah dengan gimik perlancaran diserikan lagi dengan persembahan nyanyian murid bertajuk guruku sayang. Bertambah meraiah lagi apabila sepotong kek yang besar ditampilkan sebagai simbolik meraikan Hari Jadi beberapa orang murid dan guru. Manakala di akhirnya majlis penyerahan sijil mentor mentee di lakukan. Syabas untuk semua warga SKUG.

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 23 SKUG 2012

Pada 6 Mac yang lalu SKUG sekali lagi menjalankan aktiviti yang tidak kurang pentingnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG. Kehadiran para ibu bapa penjaga matlah menggalakkan. Sungguhpun tuan PPD tidak dapat hadir namun majlis tetap diceriakan juga dengan kehadiran Tuan Timbalan PPD Raub En Halim bin Salleh. Tahniah kepada semua terutamanya jawatankuasa PIBG yang dipacu oleh Tuan Guru Besar dan Mejar Ahmar sebagai YDP. Alhamdulillah PIBG telah terpilih untuk mewakili negeri Pahang, Syabas dan Tahniah

Selasa, 6 Mac 2012

Exam P1 dan Kejohanan Sepak Takraw Zon Gali

Pada 28hb Februari keadaan SKUG menjadi tenang dan diam seketika. ini adalah disebabkan Peperiksaan P1 telah dijalankan kepada semua murid kecuali Tahun 1 dan 2. Kepada semua murid jawablah dengan tekun dan selamat membuat ulangkaji.

Pada 29 Feb sekali lagi SKUG telah terpilih untuk menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw peringkat Zon Gali. Sungguh pun dalam ketiadaan Guru Besar kejohanan ini tetap berjalan dengan jayanya tanpa mengganggu peperiksaan yang sedang dijalankan. Tahniah kepada pasukan SKUG yang menjadi naib Johan dan Tempat Keempat.

Olahraga 2012

Pada 27 Feb dan 28 Feb SKUG telah terpilih sebagai tuan rumah dalam penganjuran Kejohanan Sukan dan Olahraga peringkat Zon Gali dan Zon Bandar Raub. Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang menunjukkan prestasi yang amat membanggakan. hampir 80% peserta dari SKUG telah terpilih mewakili Zon Gali untuk peringkat daerah.

Gotong-royong

Pada hari Sabtu 25 Feb sungguh pun bercuti warga SKUG telah hadir ke sekolah untuk mengindahkan dan menceriakan SKUG.Inilah pengorbanan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh warga SKUG sehingga PSS dan PIBG sekali lagi terpilih untuk mewakili negeri Pahang. Tahniah dan syabas kepada semua.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat PPD Raub

Pada 24 Feb yang lalu PPD Raub telah menganjurkan aktiviti Sambutan Maulidur Rasul di PPD Raub. Selain perarakan, ceramah turut dijalankan untuk semua yang hadir.

Program Bijak Bahasa ' Pertandingan Koakademik BM'

Pada 23 Februari yang lalu SKUG telah menghantar peserta untuk menyertai Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu peringkat Zon Raub. Seramai 3 orang peserta telah layak untuk ke peringkat daerah dalam pertandingan sahibba dan pidato. Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang terlibat dan menyumbangkan tenaga untuk mengacara dan menjadi hakim.

Hasil usaha kita bersama

Pemantauan Pengurusan PIBG Sekolah Oleh JPN Pahang...

Pada 23 Februari yang lalu, Pemantauan Pengurusan PIBG Sekolah oleh JPN Pahang telah dilakukan. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Sektor Unit Maklumat & ICT  Jabatan Pelajaran Pahang. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa PIBG kerana telah bersedia dan menyebabkan PIBG SKUG berjaya ke peringkat negeri Pahang. Tahniah semua...

Angka 5 dalam Islam…...

· 5 waktu solat fardhu sehari semalam iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
· 5 rukun Islam iaitu mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitullah.
· 5 hukum syariah Islamiah iaitu wajib, haram, sunat, makhruh dan mubah(harus).
· 5 dosa besar iaitu syirik kepada Allah, membunuh, memakan riba, memakan harta anak yatim dan menuduh wanita baik melakukan zina.
· 5 perkara menjadikan seseorang itu munafik tulen iaitu suka bercakap dusta, bila memegang amanah dia khianat, memungkiri janji, berpaling dari medan perang dan bila bertengkar ia menegakkan benang basah.
· Rasulullah berpesan 5 perkara sebelum 5 perkara
>masa sihat sebelum sakit
>masa kaya sebelum miskin
>masa lapang sebelum sibuk
>masa muda sebelum tua
>masa hidup sebelum mati…..

 …...sama-samalah kita renung-renungkan …………...

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Pada 11 Februari yang lalu SKUG telah menjalankan satu lagi aktiviti di peringkat sekolah iaitu Sambutan Maulidur Rasul. Tema sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun ini ialah “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” telah diguna pakai sebagai tema peringkat SKUG. Semuala kelas telah mengambil bahagian dalam perarakan dan pertandingan sepanduk keputusanya johan pertandingan sepanduk maulidur rasul dimenangi oleh kelas 6 Perdana. Naib johan 5 Perdana dan 6 Satria di tempat ketiga.








Sambutan Maulidur Rasul 1433H





Larian Merentas Desa Peringkat Sekolah

SKUG telah mengadakan Merentas Desa peringkat sekolah pada 3 Februari 2012. Larian merentas desa kali ini seperti tahun yang sudah hanya melibatkan murid-murid tahap 2 sahaja. Kemudian ke peringkat daerah Raub di Kompleks Sukan Dong (9 Feb) dan seterusnya peringkat Negeri Pahang di SEMESTA (18 Feb) .  Mohd Afizam dari 5S telah berjaya mendapat tempat ke 3 daerah Raub seterusnya tempat ke 14 peringkat negeri Pahang. Syabas!!!

Minggu Orientasi Pra Sekolah Dan Murid Tahun 1 2012

Minggu orientasi untuk murid pra sekolah dan murid Tahun 1 sesi persekolahan 2012 telah dirasmikan pada  30 Disember 2011 iaitu pada hari Jumaat bertempat di Dewan Terbuka SK Ulu Gali. Ucapan dan penerangan ringkas disampaikan oleh tuan guru besar SKUG untuk makluman para ibu bapa penjaga yang hadir. Pada majlis kali ini juga turut diraikan murid-murid yang bakal melangkah ke tahun 1 dengan pemberian beg sekolah secara percuma. Semua warga SKUG amat gembira dan seronok berada di sekolah pada waktu itu.

Jumaat, 2 Mac 2012

Tahniah kepada peserta kursus 2012


Baru-baru ini pada 4 Februari telah diadakan kursus nadwah kepimpinan ataupun Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda bagi pelajar dari SKUG. Kursus ini dijalankan anjuran bersama Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah, PSS, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bina insan dan PIBG. Peserta kursus ini melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pss, ketua dan pen ketua kelas. Tahniah diucapkan kepada guru yang sanggup bekerja keras dan meluang masa untuk menjayakan kursus ini walaupun dijalankan pada hari Sabtu. Tahniah juga kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.