Cari Blog Ini

Khamis, 4 November 2010

Kem Bestari Solat - hayya a'la solah


PAI telah menjalankan Kem Bestari Solat (KBS) fasa 1 & 2 pada bulan Ramadhan yang lepas. Kini KBS telah disambung pula ke fasa 3 & 4. Pada fasa 1 & 2, para peserta (murid-murid tahun 1-5) telah didedahkan tentang kepentingan solat dan cara melakukannya dengan betul. Para peserta dilatih cara berwudhuk dengan betul termasuklah perkara yang sunat dan rukun. Begitu juga pada fasa 2 peserta dilatih cara melakukan solat mengikut rukunnya yang betul. Selain dari perlakuan, bacaan seperti lafaz niat dan tahiyat juga diajar. Kini pada fasa 3 para peserta dikukuhkan dengan melatih cara bacaan dalam solat. Semoga dengan KBS ini dapat memperbetulkan dan melatih peserta menjadi insane yang rajin dan sempurna solatnya insyaallah....

Isnin, 1 November 2010

Pertandingan Mewarna Israk & Mikraj




Kem Literasi Al-Quran 2010

Tambah kapsyen
3 November 2010 - PAI SKUG turut terlibat dalam menjayakan Kem Literasi Al-Quran Zon Bandar Daerah Raub bertempat di SK (LKTP) Krau 1. SKUG telah menghantar 5 orang peserta dan 2 orang jurulatih. Alhamdulillah kem ini berjalan dengan lancar dan baik.