Cari Blog Ini
Isnin, 23 Julai 2012
Motivasi
9 Julai - Sesi Motivasi untuk murid Tahun 4 dan 5 telah dijalankan dengan jayanya oleh AJK bersama unit bimbingan kauseling SKUG. CR En Zulhilmi kaunselor organisasi dari PPD Raub diundang khas untuk menaikkan semangat dan menimbulkan kesedaran murid-murid untuk persediaan mereka di masa depan.
Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6
5 Julai - Sebagai pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga terhadap keputusan prestasi calon UPSR, perjumpaan telah diadakan.Sesi dialog dan penerangan dijalankan oleh Guru Besar bersama dengan penjaga. Maklumat dan penerangan juga disampaikan oleh guru tahun 6.
Temasya Sukan Tahunan SKUG
24 Jun adalah merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan bagi olahragawan dan olahragawati SKUG kerana diberi pengiktirafan dalam Temasya Sukan Tahun 2012 ini. Semua rumah sukan mempamerkan aksi yang membanggakan sehingga seringkali berlaku perebutan tempat dan juga pingat. Para peserta berjuang berhabis-habisan untuk menyumbangkan tenaga bagi memperolehi mata tertinggi. tidak kira samada acara larian mahupun acara padang. Tidak kurang hebatnya persaingan sengit dalam acara tarik tali sehinggakan rumah HIJAU mengungguli kategori lelaki dan perempuan. Tidak kurang hebatnya acara perbarisan turut menyukarkan juri untuk menilai kerana setiap rumah ada kehebatan tersendiri.
Sukantara Bermula
18- 21 Jun, Pada ketika ini setiap rumah sukan menghantar peserta untuk acara sukantara. Bagi tahap satu pelbagai acara dipertandingkan antaranya golek bola hoki, lari dalam guni, sudu ping pong dan lain-lain lagi. Manakala tahap dua setiap ahli perlu melompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru bagi menyumbang mata untuk rumah masing-masing.
Latihan Rumah Sukan
11 - 14 Jun, SKUG sedang sibuk dengan latihan rumah sukan. Setiap rumah sukan iaitu Perdana, Waja, Satria dan Wira membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi Temasya Sukanan Tahunan. Pelbagai acara padang dan trek dipertandingkan termasuklah juga sukantara dan acara tarik tali.
Jumaat, 15 Jun 2012
Khamis, 14 Jun 2012
Perkemahan Bersepadu Unit Beruniform
11 - 13 Mei 2012. telah berlangsung satu lagi aktiviti seperti yang tercatat di takwim sekolah iaitu Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SKUG 2012. Majlis penutupan dirasmikan oleh YB Dato' Hj Shahiruddin bin Abd Moin ADUN Dong
Langgan:
Catatan (Atom)





