Cari Blog Ini
Khamis, 23 April 2015
RMT 2015
Pada 12.01.2015 Pelaksanaan RMT bagi Tahun 2015 bermula. Seramai 49 orang murid telah terpilih untuk menerima bantuan ini. Sekali lagi jawatankuasa RMT bekerjasama dengan PSS untuk meraikan murid yang terpilih.
Watikah Pelantikan Pemimpin Muda
Pada 9.01.2015 Semua pemimpin muda termasuklah Pegawas Sekolah dan Pengawas PSS telah diberikan lantikan secara rasmi oelh tuan guru besar dalam Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2015.
Gotong Royong pembukaan sekolah
Pada tahun ini jawatan kuasa 3K dari unit Bina Insan telah bekerjasama untuk menjaya program Gotong Royong awal persekolahan
Kursus Kepimpinan Muda
Pada 6.01.2015 SKUG telah menjalankan pula program Kursus Kepimpinan Muda. Program ini memang dijalankan pada setiap tahun khusus kepada pemimpin muda seperti pengawas sekolah, PSS, PPDa, RMT, Ketua dan Pen Ketua Kelas dan lain-lain pemimpin kecil.
Sesi Persekolahan 2015
Bermula pada 5.01.2015 sesi persekolahan 2015 telah dijalankan dan pada waktu itu juga bermula program transisi Tahun 1
Orientasi 2015
Majlis Orientasi Prasekolah dan Tahun 1 untuk sesi 2015 telah mula dijalankan pada awal Januari lagi iaitu pada 2.01.2015. Pada hari tersebut sesi pendaftaran telah dijalankan termasuklah Ceramah dari Tuan Guru Besar dan GPK. Tidak dilupakan terus juga dijalankan mesyuarat Pewaris bagi Prasekolah dan perjumpaan Tahun 1.
Langgan:
Catatan (Atom)



















