Cari Blog Ini

Isnin, 21 Februari 2011

Maulidul Rasul SKUG 1432H/2011




Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Qariah Ulu Gali




Alhamdulillah baru ni PAI SKUG turut terlibat dalam acara perarakan sambutan Maulidurrasul dan juga membuat persembahan. Walaupun sekolah bercuti namun kesungguhan murid dan guru amat menggalakkan tahniah... terima kasih kepada masjid ulu gali dan semua yg mempelawa kami...

Khamis, 10 Februari 2011

Tahun Baru Takwim Baru







TAKWIM PERANCANGAN PANITIA PEND AGAMA ISLAM
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU GALI, 2011




BIL BULAN/MASA PROGRAM/AKTIVITI DAKWAH
1 JANUARI Kemaskini Fail dan Bilik Panitia Mengucap Dua Kalimah Syahadah (MAAL HIJRAH)
Mesyuarat Panitia Kali Pertama
Mengemas dan membersihkan Surau
Program Bacaan Yaasin UPSR
Uian Diagnostik Jawi Tahun 1
Bacaan Doa Pagi
2 FEBRUARI Mengemaskini fail Rukun Islam (MAULID RASUL)
Sambutan Maulidul Rasul
Peperiksaan P1 & Penilaian PAFA
Program Tasmik Bermula
Pemilihan dan Latihan Peserta MTQ
3 MAC Mesyuarat Panitia Kali Kedua Rukun Iman
Pertandingan Nasyid dan MTQ
Kem Nadwah Kepimpinan
Kem Bestari Solat 1
4 APRIL Program Solat Zohor Berjemaah Doa Selepas Wudhuk
Bacaan Yaasin 
5 MEI Peperiksaan P2 Doa Selepas Azan
Program Celik Al-Quran
Ujian Pencapaian Jawi Thn 1-6
e-pelaporan Jqaf
Kem Bestari Solat 2
6 JUN Program Solat Hajat Pra UPSR Niat Solat Fardhu
Bacaan Yaasin dan Solat Hajat
7 JULAI Mesyuarat Panitia Kali Ketiga Niat Puasa Ramadhan (NISFU SYA'BAN)
Solat Hajat UPSR
Majlis Khatam Al-Quran Daerah
Kem Bestari Solat Ketiga
8 OGOS Program Ihya' Ramadhan Hafazan Surah (RAMADHAN)
Majlis Khatam Al-Quran
Program Solat Hajat dan Bacaan Yaasin
9 SEPTEMBER Program Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Hafazan Surah (AIDILFITRI)
Jamuan Hari Raya Aidilfitri
UPSR
Kem Bestari Solat Keempat
10 OKTOBER                                          DAN NOVEMBER Peperiksaan Akhir Tahun Hafazan Doa Harian (AIDILADHA)
Mengemas Surau
Ujian Pencapaian Jawi Thn 1-6 (2)
Majlis Khatam AlQuran Jqaf
Kem Ibadah
Kemaskini Fail dan Bilik Panitia
Pemilihan Murid Pemulihan Jawi 2012
Mesyuarat Panitia Kali Keempat

Rabu, 12 Januari 2011

Tahun baru wajah baru (2011)

Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan kepada semua. Alhamdulillah pada tahun ini PAI masih terus merancang dan menjalankan program / aktiviti untuk semua warga SKUG. sekarang KP sedang merangka takwim untuk dijadikan panduan ahli untuk dijalankan.

Berbeza dengan tahun 2010 pada tahun 2011 ini ada pertukaran seorang pegawai dari PAI . Biasanya SKUG mempunyai 3 GPI dan 4 JQaf. Namun pada pertengahan Disember PAI telah mendapat perkhabaran seorang dari JQaF telah menerima pertukaran ke Kuala Lipis iaitu Ustazah Aini Zuraihan. Sungguh pun demikian tempatnya telah digantikan pula Ustazah Shibrah dari SK (LKTP) Sg Koyan.

Tahniah diucapkan kepada kedua2nya. Tak kisahlah di mana dan ke mana kita ditempatkan yang penting kita masih ikhlas dan ingin mencurahkan segala bakti. Semoga yang kita usahakan diterima oleh masyarakat dan mendapat keredhaan Allah. insyaallah...

  semoga terus ceria dan bergembira di samping keluarga tercinta - ikhlas dari PAI SKUG

Khamis, 4 November 2010

Kem Bestari Solat - hayya a'la solah


PAI telah menjalankan Kem Bestari Solat (KBS) fasa 1 & 2 pada bulan Ramadhan yang lepas. Kini KBS telah disambung pula ke fasa 3 & 4. Pada fasa 1 & 2, para peserta (murid-murid tahun 1-5) telah didedahkan tentang kepentingan solat dan cara melakukannya dengan betul. Para peserta dilatih cara berwudhuk dengan betul termasuklah perkara yang sunat dan rukun. Begitu juga pada fasa 2 peserta dilatih cara melakukan solat mengikut rukunnya yang betul. Selain dari perlakuan, bacaan seperti lafaz niat dan tahiyat juga diajar. Kini pada fasa 3 para peserta dikukuhkan dengan melatih cara bacaan dalam solat. Semoga dengan KBS ini dapat memperbetulkan dan melatih peserta menjadi insane yang rajin dan sempurna solatnya insyaallah....

Isnin, 1 November 2010

Pertandingan Mewarna Israk & Mikraj




Kem Literasi Al-Quran 2010

Tambah kapsyen
3 November 2010 - PAI SKUG turut terlibat dalam menjayakan Kem Literasi Al-Quran Zon Bandar Daerah Raub bertempat di SK (LKTP) Krau 1. SKUG telah menghantar 5 orang peserta dan 2 orang jurulatih. Alhamdulillah kem ini berjalan dengan lancar dan baik.