Cari Blog Ini
Ahad, 16 Oktober 2011
Minggu Peperiksaan Akhir Tahun
bermula pada 18 hingga 21 Oktober 2011 Peperiksaan P4 akan dijalankan. Diharapkan semua murid dan guru bersiap sedia. PAI doakan kejayaan semua
Kursus KSSR Tahun 2 2012
Bermula pada 27 - 30 September 2011 kursus KSSR bagi matapelajaran P Islam, B. Melayu dan P. Muzik dijalankan serentak. Seminggu sebelumnya matapelajaran PJK dan PSV. Manakala seminggu kemudian pula iaitu bermula 3 - 6 Oktober matapelajaran B Arab, B. Inggeris pula dijalankan. Pada minggu ini 10 - 13 Oktober matapelajaran Sains dan Matematik pula menyusul.
Sambutan Aidilfitri & Penutupan Sambutan Merdeka
22 September 2011 - dilaksanakan program penutupan bulan kemerdekaan. Kemudian diteruskan acara sambutan aidilfitri. Syawal dirai Merdeka dihayati. Sungguhpun demikian SKUG juga dikunjungi oleh rombongan JPN dan PPD untuk membuat pemantauan PIBG.
Rabu, 7 September 2011
Nuzul Quran
Sambutan yang amat menggalakkan ditunjukkan oleh murid-murid apabila memberi respon yang baik ketika mendengar ceramah. Berselitkan sedikit humor dan jenaka membuatkan murid bertambah seronok dan terhibur. Begitu juga murid diingatkan tentang pembalasan akhirat dan siksaan kubur membuatkan murid berasa insaf dan sedar. Terima kasih diucapkan kepada penceramah.
Setelah selesai sesi ceramah, majlis berhenti rehat seketika, murid bergerak masuk semula ke dewan kira-kira 20 minit selepasnya. Bagi murid tahap 1 dipindahkan ke dewan tertutup untuk pertandingan mewarna manakala tahap 2 ke dewan terbuka untuk pertandingan kuiz ramadhan. Alhamdulillah murid memberi sambutan yang menggalakkan sehingga membuatkan juri agak sukar untuk memilih pemenang.
Selesai sahaja kuiz dan mewarna, sambil menunggu keputusan. Murid-murid disaksikan dengan tayang video dan diselitkan sedikit penerangan motivasi dan keinsafan diri. Ini membuatkan segolongan murid tak dapat menahan air matanya apabila mengenangkan dosa yang telah dilakukan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Langgan:
Catatan (Atom)










