Cari Blog Ini
Selasa, 24 April 2012
Kuiz Sains
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya dalam pertandingan kuiz yang telah dianjurkan oleh Panatia Sain SKUG. Hadiah telah disampaikan kepada pemenang pada hari Isnin 23hb yang lalu.
MTQ daerah Raub 2012
Pada 12hb April yang lalu SKUG sekali lagi menghantar wakil peserta MTQ. Seramai 6 orang murid SKUG terpilih untuk mewakili zon gali ke peringkat daerah. Selain itu SKUG juga terlibat dalam AJK Jamuan di SK Raub Jaya untuk penyediaan makanan MTQ Raub. Tidak dinafikan juga dua orang guru SKUG juga terlibat dalam menghakimi peserta. Walau bagaimana pun peserta dari SKUG hanya mendapat tempat ketiga dalam acara bercerita lelaki. Tahniah juga diucapkan kepada semua....
Selasa, 17 April 2012
MTQ Zon Gali 2012
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Panitia Agama Islam dan seluruh warga SKUG atas kejayaan Peserta MTQ pada tahun ini. MTQ Zon Gali diadakan di SK Raub Jaya pada 9hb April yang lalu. Seperti tahun-tahun yang lepas SKUG tetap menghantar peserta bagi setiap acara yang dipertandingkan. Alhamdulillah pada tahun ini semuanya mebuahkan hasil apabila kesemua peserta SKUG yang bertanding layak ke peringkat daerah kecuali Nasyid.
Isnin, 9 April 2012
Jumaat, 30 Mac 2012
Penutupan Minggu Anti Dadah
Pada 30 Mac 2012 Majlis Penutupan Minggu Anti Dadah disempurnakan oleh En Sudar bin Kiman PPD Raub
Tetamu Khas PSS
29 Mac bersamaan hari Khamis SKUG sekali lagi menerima tetamu pegawai-pegawai ppd dan rombongan penghakiman PSS cemerlang peringkat kebangsaan . Di masa yang sama juga SKUG tetap juga meneruskan aktiviti Minggu Anti Dadah. 2 orang pegawai dari AADK menghadirkan diri untuk aktiviti ceramah dan pameran. Kuiz terbuka dijalankan secara spontan selepas ceramah dijalankan.
Mengenai rombongan penghakiman PSS cemerlang, SKUG tetap menyambut seperti tradisi biasa dengan persembahan nasyid selamat datang. Diikuti pula persembahan sajak dan bercerita sambil menjamu selera para tetamu turut berhibur dengan persembahan dari pentas bicara. Selamat datang diucapkan, terima kasih dan kalau sudi datanglah lagi…
MINGGU ANTI DADAH 2012
Bermula pada hari Isnin 26 Mac yang lalu Majlis Perlancaran Minggu Anti Dadah telah dijalankan. Dimulai dengan bacaan ikrar dan perutusan tentang Minggu anti dadah, majlis perlancaran diteruskan dengan amanat dan pesanan dari guru besar. Pada keesokan harinya akan dijalankan info dadah, buku skrap seterusnya sajak, poster mewarna, ceramah dan sebagainya. Majlis penutupan akan berlansung pada hari Jumaat 30 mac. Terima kasih kepada semua guru dan kakitangan kerana membantu tidak dilupakan jasa PSS dan PIBG yang menyokong kuat penganjuran ini
Langgan:
Catatan (Atom)



