17 Ramadhan 2015 - Panatia Agama Islam bersama dengan Unit Bina Insan, PSS dan PIBG SKUG tidak melepaskan peluang pada tahun ini meneruskan aktiviti setiap tahun iaitu Ambang Ramadhan. Pada kali ini para hadirin diingatkan semula tentang fadhilat dan kaifiat Ramadhan. Juga diselitkan acara membaca niat puasa ramadhan. PSS juga turut menganjurkan kuiz spontan.
Bermula pada tarikh ini juga diteruskan dijalankan program Ihya' Ramadhan yang meliputi Infaq Ramadhan, Kuiz, Tadarrus Al-Quran, Ceramah dan tazkirah, Sambutan Nuzul Quran dan Khatam Tadarrus AlQuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan